Sunday, 17 November 2013

Manusia Kebal

Aku berharap aku bakal menjadi manusia kebal.
Kebal dengan segala rintangan dan dugaan yang datang bertubi .
Aku berharap kebalnya aku kali ini adalah kerana pengalaman pengalaman yang lampau yang banyak mengajar aku untuk terus kebal bila ditembak bertubi-tubi .
Ala ala BULLET PROOF cemtu lah kan .
Aku rasa tuhan bagi aku macam macam masalah sebab nak bagi aku bina tembuk paling kukuh dekat dalam diri aku .
Ya.
Aku mengaku dulunya aku seorang perempuan yang lembik .
Bila ditiup terbang
Bila ditekan lembik
Bila disepak terpelanting
Bila ditepis jatuh
Itulah aku yang dulu .
Banyak yang aku belajar . Jatuh naik aku adalah kerana tuhan .
Tuhan yang aku percaya telah menetapkan semua ni dari aku bayi sehinggalah kini bila aku dewasa .
Aku mengaku aku tidaklah sesempurna umat yang dikehendaki .
Tapi aku percaya tuhan tahu siapa aku .
Macam mana hati aku .
Macam mana aku rasa.
Macam mana aku mahu
Kalau orang nak kata ke aku macam macam aku rasa aku boleh kuat dan pekak kan telinga kerana tuhan selalu ada dengan aku .
Aku dipekakkan dari mendengar kata kata orang .
Aku dibisukan dari membalas semua kata kata orang.
Aku disimenkan hati dari roboh bila dijatuhkan .
Aku dikebalkan jiwa dan raga dari jatuh tergolek bila datangnya dugaan .
Dikehendakinya begitu , begitulah yang terjadi .
Aku redha .
Aku menulis / menaip / menceritakan pada malam ini adalah dari hati aku .
Biar kata kata orang yang "ORANG MEMBACA NI BULLSHIT"
Aku tak hairan .
Aku tak ambil peduli .
Kerana aku tahu orang yang membaca ini lebih tahu apa yang baik dari orang yang tidak membaca.
Aku ikhlas untuk berkongsi .
InsyaAllah hingga akhir hayat aku .
Moga kalian enjoy untuk membaca segala luahan aku .
Semuanya . Hampir semuanya .

Terima Kasih .


1 comment:

  1. semoga kau kuat utk menempuh dugaan hidup wahai sahabat....

    ReplyDelete