Friday, 15 November 2013

Deeper

Bila aku sedang mendengar alunan lagu YUNA - DEEPER CONVERSATION .
Aku teringat kisah aku petang semalam yang terjadi .
Sebelum tu , aku rasa betul kata orang-orang tua dulu-dulu bila kita terlalu gembira ataupun teruja yang terlampau (Over excited ) mesti result yang kita terlalu excited tu tidaklah seperti mana yang kita harapkan.
Yaaa memang benar ,
Semua itu ketentuan ilahi . Kalau DIA menginginkan perkara tersebut tidaklah seindah kita bayangkan maka jadilah ia . KUN FAYA KUN .
Maka perkara ni dah terjadi pada aku petang semalam .

Setelah beberapa kali temujanji dan plan macam macam untuk berjumpa selalunya tidak dapat ditunaikan.
Maka semalam hari Jumaat , kami diizinkan untuk bertemu setelah beberapa tahun terpisah .
Kisah kekasih lama yang kembali setelah 3 tahun kami membawa diri masing masing .
Dia ni ada sesuatu yang aku sendiri tak boleh nak describe ataupun terangkan apa yang istimewanya dia yang terlampau pada aku .
Yah 3 tahun kami bawa diri masing2 dan tiada kabar berita . Just stalk each other .
Berjumpa pun atas perangai aku yang tah apa apa tah.
So aku rasa tak payah terangkan pepanjang kan .

Aku nak tau lah pendapat korang kalau korang pernah alami apa yang aku alami sekarang ni  .
Apa lah korang rasa kalau orang yang kau tunggu2 muncul balik ?
Apa lah korang akan buat kalau dia baik dengan korang balik ?
Apa korang rasa bila orang yang korang tunggu tu tak pernah realise pun yang sebenarnya korang tunggu dia?

Thats stupid feeling lah yang aku rasa sekarang .
Aku masih belum move on walaupun aku pikir aku dah move on sebelum ni .
Bila dia datang balik dekat aku , aku rasa balik semua yang aku rasa 3 tahun lepas masa aku dengan dia .
Besarnya impak dia pada aku . Aku tak tahu lah apa jawapannya dari semua soalan soalan yang bermain diminda aku ni .
Masa jumpa dia petang tadi kononnya aku nak pergi amik tiket gig then dalam masa yang sama memang aku nak jumpa dia sangat sebab aku rindu gila .
Mula mula conversation kiteorang okay je . Biasa je .
Sampai lah tengah tengah , dia mula bukak pasal ex dia . Nahh itu aku tak berapa kisah sangat.
Tapi dia bagitahu aku ramai yang suka dekat dia.
Ramai tunggu dia .
Siap tunjuk gambar lagi . Memang mcm langit dengan bumi lah aku dengan perempuan perempuan yang dia tunjuk tu .
Tapi aku belagak selamber macam takda apa walaupun hati aku ni dah berkecai seribu .
Aku cuba bina tembuk secepat mungkin untuk hati aku tak rebah terus .
Aku kuat . Aku taknak jatuh macam mana aku pernah jatuh dulu masa putus dengan dia .

Kalaulah dia tahu ,
aku ni
masih ada hati
masih ada sayang
masih ada rindu
masih perlu dia .
masih tunggu dia.
-Haihhh
Alangkah indahnya hidup aku .

Apa ini jodoh ? Emm jodoh itu rahsia jadi aku tak boleh memandai . Yang esa sudah tentukan . Jadi lepas dari semua tu . Aku balik bawak hati lara aku sampai ke rumah . Aku nekad untuk melupakan , tp itu mungkin susah atau tak akan terjadi . Jadinya aku tetapkan dalam hati , Kalau ada jodoh adalah kita . Kalau tak ada maka aku doa kau berbahagia disamping sidia . Amin .

Hey bekas pakwe lama ,
terima kasih kerana pulang kembali ,
walaupun sebagai sahabat .



-GOODNIGHT-

No comments:

Post a Comment