Wednesday, 23 December 2015

Karya

bila semua menulis
sekadar kerana.
dan bila semua menulis
demi semata.

kalaulah diketahui yang menulis itu
bukan sekadar demi kerana semata.

menulis;
adalah menghiris halus hati
lalu memerah limau membisa ngilu--
dan bercerita tentangnya satu persatu.

bukan sekadar demi kerana semata.


*menulis, biar jujur. kalau tak termampu, usah.

Bila aku mula menaip.

Assalamualaikum.

Last entry tahun 2013 then aku lenyap entah hilang kemana. Rindu nak menaip balik. Nak share semua benda dekat sini. Rindu masa zaman jadi blogger tegar sampai tak hengat dunia. Hahaha Actually kawan kelas aku bawak aku balik ke sini lepas dia mula tanya pasal blog aku. Tetttt malu gila kalau baca entry lama lama. Entah apa yang aku bualkan and merepek.

Btw , takda perubahan yang banyak pun hidup aku sekarang ni. But alhamdulillah aku slow slow untuk jadi lebih baik dari sebelum ni. Busy dengan segala hal hal study and life sendiri. Aku rasa aku mula avoid untuk kenal orang luar and aku avoid untuk berhuhahuha macam dulu. Yah aku rasa perubahan yang itu pada diri aku. Aku lebih selesa sekarang untuk hidup dalam kelompok yang minor/kecil. Untuk yang baru kenal aku mungkin akan anggap aku macam sombong. Aku lebih suka macam sekarang. Hidup dengan orang orang yang lebih terbuka dan aku rasa aku pun sekarang lebih terbuka dari sebelum ni. Aku dah mula boleh terima apa yang datang. Aku pun dah mula boleh fikir kedepan and tak macam dulu tahu enjoy je. Hahaha 

Banyak aku belajar dari orang orang yang aku kenal dulu. Semua aku ambik jadi pengajaran hidup. Jatuh bangun aku, just ada family aku je. Bahu yang aku ada ialah bahu mama. Mama yang always dengar semua kisah kisah aku. Mama jugak tau semua buruk baik aku. Pernah juga mama pesan nak suruh aku cari orang yang boleh jaga and sayang aku macam mana dia buat. Tapi bagi aku, takda orang setanding mama yang boleh paham aku yang macam ni. Yang boleh sabar dengan aku even macam macam yang aku dah buat.

Yah, aku mengaku aku paling degil. Paling menyusahkan. Dari kecil lagi. Tapi aku janji semua tu aku akan tebus balik bila aku dah berjaya one day nanti. InsyaAllah. Aku tahu mybe tak akan cukup nak balas apa mama and abah buat untuk aku tapi aku akan cuba. 

Hal-hal perasaan ni aku taktau aku nak describe macam mana. Aku adalah masih aku and aku just doa kalau ada jodoh aku . Maka adalah. Kalau tak, aku still dengan hidup aku yang macam ni je. Simpan semua rasa semua perasaan. Sebab aku tau bukan semua yang kita nak dalam hidup ni kita patut dapat. Ada benda yang kita patut lepaskan je. 

Thanks.